StraComm USIM [Umaina] – Universiti Sains Islam Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 1970 blog entries.

Ops Mega Pembersihan Putra Heights: 20 Mahasiswa USIM Turun Padang bersama Mercy Malaysia & KPT

PUTRA HEIGHTS – Seramai 20 mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menyertai Ops Mega Pembersihan di kawasan terjejas akibat insiden letupan paip gas di Putra Heights. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 12 hingga 13 April ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Mercy Malaysia. Sukarelawan yang terlibat terdiri daripada ahli Kelab [...]

Imam Masjid Al Bukhary dinobat Peserta Terbaik EPIH 2025

NILAI – Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan kerjasama strategik dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam melahirkan barisan pembimbing ibadat haji yang berwibawa melalui penganjuran kali kedua Program Eksekutif Pembimbing Ibadat Haji (EPIH). Seramai 116 orang peserta yang terdiri daripada Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air (PEKTA), guru agama syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH), pegawai TH, [...]

“Buli, Amuk, Bunuh – Adakah Masyarakat Kita Sedang Merana?”

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, negara digemparkan dengan insiden tragis melibatkan kes buli, amuk, dan bunuh. Kes-kes keganasan yang dahulunya dianggap terpencil kini semakin kerap berlaku, menggambarkan perubahan yang membimbangkan dalam masyarakat kita. Daripada kejadian buli di sekolah yang menyebabkan kecederaan parah, pergaduhan di tempat kerja yang berakhir dengan kehilangan [...]

By |2025-04-11T12:33:27+08:00April 11th, 2025|In our words|

Kajian Empirikal Keselamatan dan Jenayah Siber: Memperkukuh Keselamatan Negara

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengadakan mesyuarat Kick-Off bagi Pelaksanaan Kajian-kajian Empirikal Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Faizah binti Jaarudin, Ketua Eksekutif IPSOM pada 25 Mac 2025. Mesyuarat ini merasmikan penyerahan tugasan kajian kepada penyelidik terpilih serta penyampaian sijil penghargaan kepada para penilai yang komited dalam menjayakan pelan [...]

By |2025-04-11T11:29:10+08:00April 11th, 2025|In our words|

USIM Hadiahkan BDR Sempena Hari Lahir Staf dalam Majlis Sambutan Hari Raya Universiti

NILAI– Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus meraikan keindahan lebaran dan memperkukuh kebajikan warga kerja menerusi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M yang berlangsung meriah di Dewan Tuanku Canselor USIM, semalam 9 April 2025. Majlis yang bertemakan “Nostalgia Raya USIM #EratSilaturrahim” telah memperlihatkan penyertaan hampir 2,300 warga USIM dan rakan strategik dengan penglibatan lebih 22 [...]

USIM Prihatin: Pasukan Perubatan Fakulti Perubatan USIM Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebocoran Gas di Putra Heights

PUCHONG – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menzahirkan komitmen terhadap misi kemanusiaan apabila pasukan perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM (FPSK) USIM tampil membantu mangsa insiden kebocoran gas yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini. Insiden yang berlaku pada hari Selasa  yang lepas  itu telah mengakibatkan lebih 300 orang penduduk terpaksa dipindahkan [...]

Sukarelawan IPT Hulur Bantuan di PPS Masjid Putra Heights

PUTRA HEIGHTS – Seramai 22 orang sukarelawan mahasiswa daripada empat institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah naungan Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) telah digerakkan ke Masjid Putra Heights pada 5 April 2025 baru-baru ini yang menjadi lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi membantu mangsa kebakaran berpunca daripada kebocoran paip gas di kawasan perumahan Taman Putra [...]

USIM Prihatin: Naib Canselor Ziarah Pelajar Terjejas Letupan Gas Putra Heights

PUTRA HEIGHTS – Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, hari ini 4 April 2025  menziarahi seorang pelajar USIM yang terkesan dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu. Pelajar terbabit, Ainaa Syazana Mohamad Asnawi,22, merupakan pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Pengajian Akidah dan [...]

Topi Keledar Dan Kesedaran: USIM Perkasa Keselamatan Jalan Raya

NILAI – Dalam usaha meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menjelang musim perayaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Kempen Patuhi Keselamatan, Selamat Sampai ke Destinasi di AEON Mall Nilai pada 25 Mac 2025. Program yang mendapat sambutan luar biasa ini dihadiri lebih 200 peserta daripada komuniti setempat. Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan [...]

Persatuan Gerakan Pengguna Siswa anjur Inisiatif MySaveFood di Bazar Ramadan Lotus Nilai

NILAI – Persatuan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan telah melaksanakan inisiatif MySaveFood dari 16 hingga 22 Mac 2025 di Bazar Ramadan berhadapan Lotus Nilai. Program ini bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan dalam kalangan peniaga bazar serta membantu golongan yang memerlukan. Seramai 10 orang ahli GPS termasuk tiga [...]

Go to Top