Safer Internet Day (SID) atau Hari Keselamatan Internet disambut di lebih 200 buah negara pada bulan Februari setiap tahun dengan objektif untuk mempromosi keselamatan internet dengan mendidik dan meningkatkan kesedaran keselamatan siber dalam kalangan warga digital. Pada tahun 2025, sambutan SID peringkat global akan disambut pada 11 Februari, 2025 (Selasa) bertemakan 'Together For A Better Internet'.
Di Malaysia, sambutan SID bermula pada tahun 2010 diterajui oleh CyberSecurity Malaysia di bawah program CyberSAFE®, dengan sokongan oleh Kementerian Digital, menjalankan pelbagai aktiviti bersama rakan kerjasama strategik yang turut menyokong agenda keselamatan internet di Malaysia.
Penekanan kepada warga digital sebagai sasaran utama untuk bersama-sama mewujudkan ekosistem siber yang lebih selamat, sejahtera, makmur dan bersepadu
Tema sambutan Hari Keselamatan Internet 2025 – Edisi Malaysia adalah Kepercayaan Digital: Membina Komuniti Berdaya Tahan. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkukuh asas digital negara sambil memastikan perlindungan yang mencukupi untuk pengguna dan perniagaan dalam era digital yang semakin berkembang.
Memupuk kesedaran warga digital Malaysia agar terus berdaya tahan serta saling mempercayai sewaktu berada di dalam talian melalui peningkatan kefasihan digital, peningkatan kesedaran mengenai keselamatan siber, serta penggalakan penglibatan komuniti bagi melindungi individu daripada ancaman dalam talian.
Memperkasa setiap warga Malaysia agar dapat mengemudi landskap digital dengan penuh keyakinan; memastikan wujudnya sebuah komuniti di mana kepercayaan, keselamatan, dan tingkah laku dalam talian yang beretika dijadikan sebagai nilai-nilai asas.
DIGITAL MALAYSIA MADANI memberi penekanan kepada warga digital sebagai sasaran utama untuk bersama-sama mewujudkan ekosistem siber yang lebih selamat dan sejahtera. Tiga (3) aspek penting ke arah pembentukan warga digital Malaysia yang berdaya tahan serta saling mempercayai sewaktu berada di dalam talian;
Membina kepercayaan digital sebagai asas penting dalam perjalanan digitalisasi Malaysia.
Memperkasakan rakyat dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengemudi landskap digital dengan selamat.
Menggalakkan tingkah laku beretika dan bertanggungjawab dalam talian.
Muat turun kit kempen sebagai tanda sokongan anda ke arah pembentukan warga digital yang aktif dalam membangunkan
komuniti dalam talian yang lebih selamat dan dipercayai.
Bersama-sama Ke Arah Kesejahteraan Siber.
Offline Website Creator