Nombor perenambelasan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Nombor perenambelasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang matematik dan sains komputer, nombor perenambelasan (juga disingkatkan kepada per-16-an) atau heksadesimal (b.Inggeris: hexadecimal) ialah nombor dalam asas 16. Lazimnya, nombor perenambelasan ditulis menggunakan aksara 0-9 dan A-F. Antara kegunaan utamanya ialah menulis nombor perduaan dalam bentuk yang lebih pendek dan lebih mudah dibaca oleh manusia. Asas 16 dipilih berbanding asas 10 kerana proses penukaran adalah lebih mudah, nombor perduaan boleh dipisahkan kepada kumpulan-kumpulan empat angka yang mana setiap kumpulan boleh diwakilkan dalam bentuk perenambelasan. Sebagai contoh, nombor perduaan 01001111 boleh diwakilkan dalam bentuk perenambelasan 4F (4 = 0100, F = 1111).

Jadual penukaran

[sunting | sunting sumber]
0hex = 0dec = 0oct 0 0 0 0
1hex = 1dec = 1oct 0 0 0 1
2hex = 2dec = 2oct 0 0 1 0
3hex = 3dec = 3oct 0 0 1 1
4hex = 4dec = 4oct 0 1 0 0
5hex = 5dec = 5oct 0 1 0 1
6hex = 6dec = 6oct 0 1 1 0
7hex = 7dec = 7oct 0 1 1 1
8hex = 8dec = 10oct 1 0 0 0
9hex = 9dec = 11oct 1 0 0 1
Ahex = 10dec = 12oct 1 0 1 0
Bhex = 11dec = 13oct 1 0 1 1
Chex = 12dec = 14oct 1 1 0 0
Dhex = 13dec = 15oct 1 1 0 1
Ehex = 14dec = 16oct 1 1 1 0
Fhex = 15dec = 17oct 1 1 1 1

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]