Bahasa Silesia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Bahasa Silesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa Silesia
ślůnsko godka
Asli kepadaSilesian Voivodeship dan Opole Voivodeship di Poland, Rantau Moravian-Silesian dan Rantau Olomouc (hanya Daerah Jeseník) di Republik Czech, Jerman dan AS
KawasanSilesia Atas / Silesia
Penutur bahasa
> 1 250 000[1]
Indo-European
Kod bahasa
ISO 639-3szl
ELPUpper Silesian
Linkungan bahasa Silesia pada peta dari Eropah Barat-Tengah (ditanda sebagai G1, G2)
Rencana ini ialah mengenai bahasa Slavik Barat. Untuk bahasa Jermanik, lihat Bahasa Silesia Bawah. Untuk kegunaan lain lihat Silesia (nyahkekaburan).

Bahasa Silesia atau Silesia Atas (B. Silesia: ślůnsko godka, Poland: język śląski) merupakan bahasa etnik dari Silesia. Kod bahasa ISO 639-3 ialah szl[2].

Penutur Silesia pada masa ini tinggal di rantau dari Silesia Atas, iaitu dipisahkan antara barat daya Poland dan timur laut Republik Czech. Pada masa ini Silesia lazimnya dituturkan di kawasan antara sempadan bersejarah dari Silesia pada timur, dan garis dari Syców ke Prudnik pada barat, baik juga seperti di kawasan Rawicz. Hingga 1945 Silesia juga dituturkan di enklaf di Silesia Bawah, laksana bahasa Silesia Bawah dituturkan oleh etnik majoriti Jerman dari rantau itu pada masa tersebut.

Menurut kepada banci rasmi di Poland (2011) yang terakhir, sekitar 509 000[3] orang mengisytiharkan Silesia sebagai lidah ibunda mereka, dan lebih 817,000 orang mengisytiharkan kewarganegaraan Silesia. Bagaimanapun, jumlah bilangan dari penutur Silesia melebihi dua juta [perlu rujukan]. Terdapat juga sekitar 100,000 penutur (Cieszyn Silesia) yang tinggal di Republik Czech; Cieszyn Silesia juga lazimnya dituturkan di bahagian Poland dari Cieszyn Silesia. Penutur dari dialek Cieszyn Silesia biasanya mengenalpasti diri mereka pada peringkat kewarganegaraan sebagai Poles[4]. Menurut kepada banci rasmi terakhir di Republik Czech, 10,878 orang mengisytiharkan kewarganegaraan Silesia.

Pengiktirafan Silesia

[sunting | sunting sumber]

Pada 2003, Syarikat Penerbitan Kebangsaan Silesia (Narodowa Oficyna Śląska) memulakan operasinya[5]. Penerbit ini dimulakan oleh Pakatan Orang dari Bangsa Silesia (Związek Ludności Narodowości Śląskiej) dan ia mencetak buku mengenai Silesia dan buku dalam bahasa Silesia.

Pada Julai 2007, bahasa Silesia telah diakui oleh Penasihat Jawatankuasan Bersama ISO[6], Kongres Perpustakaan[7][8][9], Pusat Maklumat Antarabangsa untuk Pengistilahan dan SIL Antarabangsa. Bahasa ini telah didiberikan kod ISO: SZL[10][11].

Pada 6 September 2007, 23 ahli politik dari parlimen Poland memberitahu tentang projek undang-undang baru untuk memberikan bahasa Silesia status rasmi dari sebuah bahasa serantau[12].

Pertandingan Pengimlakan Kebangsaan dari bahasa Silesia rasmi yang pertama (Ogólnopolskie Dyktando Języka Śląskiego) diambil tempat pada Ogos 2007[13].

Pada 30 Januari 2008 dan pada Jun 2008, dua organisasi yang menganjurkan bahasa Silesia telah dimulakan: Pro Loquela Silesiana dan "Tôwarzistwo Piastowaniô Ślónskij Môwy "Danga"[14].

Pada 26 Mei 2008, Wikipedia Silesia secara rasminya dimulakan[15].

Pada 30 Jun 2008, di bangunan besar dari Parlimen Silesia di Katowice, satu persidangan yang membincangkan mengenai status bahasa Silesia berlangsung. Persidangan ini ialah forum untuk ahli politik, ahli bahasa, dan perwakilan dari pertubuhan yang berminat, dan orang yang mengendalikan bahasa Silesia. Persidangan tersebut telah dijudulkan "Bahasa Silesia - satu dialek atau telahpun menjadi bahasa?" ("Śląsko godka - jeszcze gwara czy jednak już język"?)[16].

"Bapa Kami" dalam Silesia, Poland dan Czech.

Silesia

Uojče naš, kery ježeś w ńybje,
bydź pośwjyncůne mjano Twoje.
Přińdź krůlestwo Twoje,
bydź wola Twoja,
jako we ńybje, tak tyž na źymji.
Chlyb naš každodźynny dej nům dźiśej.
A uodpuść nům naše winy,
kej a my uodpuščůmy našym wińńikům.
A ńy wůdź nos na pokušyńy,
nale zbow nos uode zuygo.
Amyn.


Poland

Ojcze nasz, któryś jest w niebie,
święć się imię Twoje,
przyjdź królestwo Twoje,
bądź wola Twoja jako w niebie tak i na ziemi.
Chleba naszego powszedniego daj nam dzisiaj.
I odpuść nam nasze winy,
jak i my odpuszczamy naszym winowajcom.
I nie wódź nas na pokuszenie,
ale zbaw nas ode złego. Amen.

Czech

Otče náš, jenž jsi na nebesích,
posvěť se jméno Tvé
Přijď království Tvé.
Buď vůle Tvá, jako v nebi, tak i na zemi.
Chléb náš vezdejší dej nám dnes
A odpusť nám naše viny,
jako i my odpouštíme naším viníkům
a neuveď nás v pokušení,
ale zbav nás od zlého. Amen.

Dialek bahasa Silesia

[sunting | sunting sumber]
Inskripsi kubur pada Perkuburan Lutheran di Střítež (Daerah Frýdek-Místek) dekat Český Těšín. Inskripsi ini, yang berkata "Rehat Dalam Ketenangan", ialah dalam Dialek Cieszyn Silesia.

Bahasa Silesia mempunyai banyak dialek tempatan:

Dialek lwn bahasa

[sunting | sunting sumber]

Pendapat dibahagikan antara ahli bahasa Poland iaitu sama ada Silesia adalah bahasa berbeza atau dialek Poland yang satu lagi. Isu tersebut boleh menjadi perbalahan sejak sesetengah Silesia menganggap diri mereka menjadi warganegara di dalam Poland. Ahli bahasa dari Poland - contoh: Jan Niecisław Baudouin de Courtenay (abad ke-19-20)[17] Jolanta Tambor[18], Tomasz Wicherkiewicz[19], Tomasz Kamusella[20][21] menyokong status bahasa tersebut.

Ahli bahasa antarabangsa - contohnya: Reinhold Olesch dari Jerman[22][23], Jerman Gerd Hentschel, Amerikan Ewald Osers (1949)[24][25], Amerikan Norman Davies[26], Czech Óndra Łysohorsky juga menyokong status dari bahasa atau mereka mentaksirkan sebagai salah satu dari bahasa-bahasa Slavik.

Bahasa Silesia telah baru-baru ini dilihat bertambah kegunaan dalam budaya, contohnya:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ omniglot.com
  2. ^ (Inggeris) http://www.sil.org/iso639-3/documentation.asp?id=szl Diarkibkan 2012-10-03 di Wayback Machine
  3. ^ Narodowy Spis Powszechny Ludności i Mieszkań 2011. Raport z wyników - Central Statistical Office of Poland
  4. ^ (Inggeris) "Borders of Language and Identity in Teschen Silesia" - Kevin Hannan, 1996. New York: Peter Lang, page 162
  5. ^ (Polonès) Page of National printing house of Silesia Diarkibkan 2007-09-04 di Wayback Machine (Narodowa Oficyna Śląska)
  6. ^ (Inggeris) Official page of Joint Advisory Committee (ISO 639/JAC)
  7. ^ (Polonès) "Język śląski jest językiem obcym" Diarkibkan 2007-09-30 di Wayback Machine - Dziennik Polska-Europa-Świat, 2007
  8. ^ (Inggeris) "US Library of Congress recognizes the Silesian language" Diarkibkan 2008-10-04 di Wayback Machine - www.poland.pl, 2007
  9. ^ (Inggeris) "Silesian – a language, not a dialect" - www.polskieradio.pl (en. www.polishradio.pl)
  10. ^ (Inggeris) www.sil.org Diarkibkan 2012-10-03 di Wayback Machine - ISO documentation of Silesian language
  11. ^ (Inggeris) www.sil.org - list of languages with codes ISO (letter "S")
  12. ^ (Polonès) http://www.dyktando.org./?id=opis
  13. ^ (Singkatan bahasa tidak dikenali oleh templat!)/(Polonès) www.dyktando.org - official page of National Dictation contest of the Silesian language
  14. ^ (Polonès) "Śląski wśród języków świata" - Dziennik Zachodni, 2008
  15. ^ (Polonès) "Śląska Wikipedia już działa" - Gazeta Wyborcza-Gospodarka, 2008
  16. ^ (Polonès) "Katowice: konferencja dotycząca statusu śląskiej mowy" - article in pl.Wikinews
  17. ^ (Inggeris)/(Polonès) "God's Playground" - Norman Davies, ISBN 83-240-0020-8
  18. ^ (Polonès) "Językoznawcy o mowie śląskiej" - Gazeta Wyborcza-Katowice, 2006
  19. ^ (Polonès) "Język śląski uznany w Stanach Zjednoczonych" - Gazeta Wyborcza-Katowice, 2007
  20. ^ (Polonès) "Schlonzska mowa - Język, Górny Śląsk i nacjonalizm" - Tomasz Kamusella, ISBN 83-919589-2-2
  21. ^ (Inggeris) "The Szlonzoks and their Language: Between Germany, Poland and Szlonzokian Nationalism" Diarkibkan 2007-04-11 di Wayback Machine - Tomasz Kamusella, European University Institute - Department of History and Civilization and Opole University, 2003
  22. ^ (Jerman) "Zur schlesischen Sprachlandschaft: Ihr alter slawischer Anteil" - Reinhold Olesch, 1987, page 32-45
  23. ^ (Polonès) Joanna Rostropowicz: Śląski był jego językiem ojczystym [Reinhold Olesch, 1910-1990] w: Śląsk bogaty różnorodnością - kultur, narodów i wyznań. Historia lokalna na przykładzie wybranych powiatów, miast i gmin (red. Krzysztof Kluczniok, Tomasz Zając), Urząd Gm. i M. Czerwionka-Leszczyny, Dom Współpracy Pol.-Niem., Czerwionka-Leszczyny 2004, ISBN 83-920458-5-8
  24. ^ (Inggeris) "Silesian Idiom and Language" - Ewald Osers, New York 1949
  25. ^ (Inggeris) "Slavonic Encyclopedia", page 1149-1151
  26. ^ (Inggeris) "Europe: A History" - Norman Davies, page 1233, ISBN 0-19-820171-0
  27. ^ (Singkatan bahasa tidak dikenali oleh templat!) www.slonskyradio.eu
  28. ^ radiopiekary.pl
  29. ^ (Polonès) www.e-teatr.pl
  30. ^ (Polonès) www.teatrslaski.art.pl (Teater Silesia) Diarkibkan 2007-06-24 di Wayback Machine

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]