Bahasa Scots - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Pergi ke kandungan

Bahasa Scots

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scots
(Braid) Scots, Lallans
Asli kepadaUnited Kingdom, Republik Ireland
KawasanScotland: Scots Lowlands, Northern Isles, Caithness, Arran dan Campbeltown
Ulster (Ireland): Kaunti Doun, Antrim, Londonderry dan Donegal
Penutur bahasa
(110,000–125,000 setakat 1999–2011)[1]
1.5 juta penutur L2.[2]
In the 2011 census, respondents indicatit that 1.54 million (30%) are able tae speak Scots.[3]
Bentuk awal
Dialek/loghat
Rumi
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Tiada
— Diklasifikasi sebagai "bahasa tradisional" oleh Kerajaan Scotland.
— Diklasifikasi sebagai "bahasa wilayah atau minoriti" di bawah Piagan Eropah untuk Bahasa-Bahasa Wilayah ataupun Minoriti, disahkan oleh United Kingdom dalam tahun 2001.
— Diklasifikasi sebagai "bahasa tradisional" oleh The Noarth/Sooth Buird o Leid.
Bahasa minoriti
dikenali di
United Kingdom (Scotland dan Ireland Utara)
Dikawal selia olehScotland: Tiada, mahupun terdapat kamus Dictionar o the Scots Leid yang dipatuhi ramai, dan perjanjian percampuran (2003) Kerajaan Scotland berjudul Partnership for a Better Scotland ("Perkongsian Scotland Gemilang") menjanjikan "sokongan"..
Ireland: Tiada, mahupun Boord o Ulstèr-Scotch ("Agensi Scots Ulster'), yang ditibuhkan hasil Guid Friday Greeance, menggalakkan penggunaannya.
Kod bahasa
ISO 639-2sco
ISO 639-3sco
ELPScots
Linguasphere52-ABA-aa (varieties:
52-ABA-aaa to -aav)
Wilayah di mana bahasa Scots ditutur dalam abad ke-20.[4][5]

Bahasa Scots (atau "Scots", "Lallans", ejaan puitis buat lawlands atau "tanah rendah") ialah sebuah bahasa Jerman Barat yang ditutur di Tanah Rendah dan Kepulauan Utara negeri Scotland serta di tanah jajahan Ulster di Ireland (di mana ia dikenali sebagai Ulster-Scots, Scotch ataupun Ullans). Di kebanyakan tempat, bahasa Scots ditutur bersama-sama bahasa Gaelic Scots dan bahasa Inggeris.

Sehingga abad ke-15, bahasa Scottis (bentuk modennya, Scots) merupakan nama buat Gaelic, bahasa Celt bangsa Scotland kuno. Mereka yang bertutur dalam bahasa Scots memanggil bahasa Gaelic Erse (bermaksud "bahasa Ireland"). Gaelic Scotland sekarang biasanya dipanggil Gaelic Scots dan bahasa ini ditutur di wilayah barat Tanah Tinggi Scotland dan kepulauan Scotland. Sebahagian besar bahasa Scots terbit daripada bahasa Inggeris Kuno daerah Northumbria, mahupun terpengaruh dengan Bahasa Nor Kuno melalui kehadiran Viking, Bahasa Belanda dan bahasa Saxon Rendah melalui perdagangan dengan (pendatang dari) Negeri-Negeri Pamah. Juga, bahasa Scots dipengaruhi bahasa-bahasa Romawi yang digunakan dalam bidang agama dan perundangan, dan Anglo-Norman dan selepasnya bahasa Perancis Paris ekoran daripada Perikatan Lama (Auld Alliance).

Penutur bahasa Anglia sudah bertapak di tenggara Scotland menjelang kurun ketujuh. Dalam kurun ke-13, di bawah pemerintah Norman penutur bahasa Inggeris Pertengahan Northumbria dijemput untuk tinggal di sana oleh Raja. Buat kali pertamanya bahasa Scots muncul dalam bentuk tertulis dalam kurun ke-14 dan bentuknya tidak banyak berbeza daripada dialek-dialek bahasa Inggeris utara. Bahsa Anglia Scotland berkembang dengan tersendiri semenjak waktu itu. Menjelang lewat kurun ke-15, para penutur menyedari perbezaan dengan bahasa yang ditutur di wilayah yang terletak di selatan lebih ketara dan bangsa Scotland yang bertutur dengan bahasa Scots mula memanggil bahasa mereka "Scots". Bahasa Scots memiliki kata pinjaman oleh sebab orang Scotland bercampur dengan penutur bahasa Gaelic. Kata-kata pinjaman yang mereka ambil lazimnya adalah untuk perkara-perkara geografi dan kebudayaan, seperti clan ("suku") dan loch ("tasik"). Sperti bahasa hidup yang lain, bahasa Scots sudah berubah sedikit dengan peredaran masa, walaupun dapat dikatakan yang ia lebih dekat dengan leluhur Anglo-Saxonnya berbanding dengan bahasa Inggeris. Banyak kata-kata bahasa Scots seperti flit ("berarak pantas"), greed ("ketamakan"), eerie ("menyeramkan"), cuddle ("peluk"), dan clan ("suku") sudah menjadi sebahagian daripada bahasa Inggeris.

  1. ^ 7% o the population (100,000–115,000) report uising Scots at home in the 2011 census; 10,000 speakers in Ireland are reportit bi Ethnologue
  2. ^ Templat:E17
  3. ^ Scotland's Census 2011 - Scots language skills
  4. ^ Grant, William (1931) Scottish National Dictionary
  5. ^ Gregg R.J. (1972) The Scotch-Irish Dialect Boundaries in Ulster in Wakelin M.F., Patterns in the Folk Speech of The British Isles, London

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Bahasa Scots dan Inggeris